Header Ads

Warkah Buat Pengantin… Nasihat Mufti Kepada Mereka Yang Bakal Mendirikan Rumah Tangga

Setiap hasrat untuk memeterai ikatan pernikahan itu haruslah disertai dengan niat yang baik dan ikhlas. Perkahwinan memerlukan perancangan untuk membentuk keluarga yang bahagia dan diredhai Allah SWT.
Alangkah beruntungnya lelaki ini kerana bukan sahaja mendapat doa ucapan selamat sempenaperkahwinan yang bakal didirikan, malah turut diberikan warkah buat pengantin yang dikongsikan oleh ustaz bergelar mufti ini. Mari bersama-sama menghayati nasihat yang diberikan oleh Ustaz Dr. Zulkifli ini, moga boleh dimanfaatkan oleh mereka yang bakal atau telah mendirikan alam rumah tangga.

Nasihat Kepada Pengantin…


Buat Pengantin:Nasihatku......
Semalam seusai pengajaran di Masjid Negeri Shah Alam kami dinanti oleh seorang pelajar kami daripada Universiti Sains Islam Malaysia(USIM) yang sedang berkhidmat di Jabatan Agama Islam Selangor(JAIS). Beliau menyerahkan kad jemputan Walimatul Urus yang akan berlangsung pada hari ahad ini. Justeru menjadi kelaziman kami catatkan Warkah Nasihat Buat Muridku ini.
Antaranya:
•Niat Perkahwinan kerana Allah dan mengikut sunnah Rasulullah SAW.
•Jangan lupa solat Nikah seusai akad.
•Sentuhlah ubun isteri dan bacalah doa yang diajar oleh Rasulullah SAW.
•Matlamatkan Perkhawinan untuk mendapat tiga perkara:
‪#‎Sakinah‬(ketenangan)
‪#‎Mawaddah‬(Kasih Sayang)
‪#‎Rahmah‬(Rahmat)
Ini akan menatijahkan kebahagiaan yg hakiki.
•Layanilah isteri dengan seterbaik mungkin.
•Berilah Nafkah seperti yang ditetapkan oleh Syarak.
•Pada isterinya pula, taatilah suami dalam perkara yang makruf.
•Kongsilah rasa gembira dan dukacita bersama untuk penyelesaian terbaik.
•Ingatlah Perkhawinan ini diibaratkan seperti melayari bahtera di samudera. Kadangkala ombak taufan melanda dan kadangkala bongkah batu yang menghalangnya.
Justeru hiasilah dengan 4 perkara.
‪#‎Ilmu‬ yang sentiasa dilazimi.
‪#‎Sabar‬ dalam ujian kehidupan.
‪#‎Syukur‬ dengan kurniaan tuhan.
‪#‎Bangunlah‬ malam untuk tahajjud bersama kerana ini pesanan Rasulullah SAW kepada PuteriNya Fatimah dan Saidina Ali.
Akhir kalam kami berdoa kepada ilahi yang bersifat Rahmah supaya mengurniakan kepada Pengantin Baru Muridku ini dan pasangannya serta pasangan-pasangan yang lain agar dikurnikan taufik, hidayah, afiat dan selamat. Rezeki yang halal, kelapangan dalam kehidupan dan juga kebahagiaan hidup. Kami Ucapkan kepadamu dengan kalimah " Barakallahu Laku Wa Baraka 'Alaika Wajamaa' Bainakuma Fi Khair"
Gurumu
SS Datuk Dr Zulkifli Bin Mohamad
Al-Bakri.
Mufti Wilayah Persekutuan
19 Mei 2016
1430H
Persiaran Teknokrat Cyberjaya Selangor.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.