Awie diperintah bayar nafkah anak RM1,600
KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan semalam, memerintahkan penyanyi rock Awie membayar sejumlah RM1,600 sebulan sebagai nafkah sementara dua anaknya yang kini berada dalam jagaan bekas isteri, Rozana Misbun.
Hakim Syarie Ibrahim Deris mengeluarkan perintah tersebut selepas mengambil kira kemampuan Awie, selain tawaran dikemukakan penyanyi itu untuk membiayai perbelanjaan harian Putra Ahmad Rezzki, 8, dan Puteri Qasseh Antasha, 6.
Ibrahim mengeluarkan perintah berkenaan menurut Seksyen 202 Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah Wilayah-wilayah Persekutuan 1998.
Ibrahim memerintahkan nafkah RM800 sebulan setiap seorang itu dijelaskan Awie atau Ahmad Azhar Othman, 48, bermula Mei ini dan dibayar melalui akaun peguam syarie Rozana.
Sebelum perintah berkenaan dikeluarkan, peguam syarie Mohd Syafik Norizan yang mewakili Awie memaklumkan mahkamah, pihaknya telah memfailkan afidavit jawapan terhadap permohonan Rozana pada 17 Mei lalu.
Mohd Syafik berkata, anak guamnya menolak tuntutan nafkah sementara yang dipohon Rozana, sebaliknya menawarkan beberapa tawaran balas iaitu Awie selaku responden membayar nafkah sebanyak RM1,500 serta akan membawa sendiri kedua-dua anaknya untuk membeli belah pakaian harian, persiapan hari raya dan persiapan persekolahan.
Pada 27 Januari 2015, mahkamah memberikan hak penjagaan sementara tiga anak pasangan itu kepada Rozana, 38, selepas membatalkan perintah hak yang diberikan kepada Awie pada 21 Julai tahun lalu.
Rozana kemudiannya memfailkan permohonan tuntutan nafkah sementara bagi Putra Ahmad Rezzki, 8, dan Puteri Qasseh Antasha, 6, kerana anak sulungnya Putera Ahmad Merrah, 9, kini di bawah jagaan Awie.
Dalam permohonan itu Rozana, antara lain menuntut sebanyak RM5,300 kepada Awie meliputi perbelanjaan makan minum, kelengkapan diri dan lain-lain (RM3,000), kos tempat tinggal (RM1,500) serta bayaran pembantu rumah (RM800).

Tiada ulasan
Catat Ulasan