Fitnah Lari Bogel, Fatin Anggap Sebagai Ujian
Yakin setiap rezeki sudah ditetapkan Allah SWT, juara program realiti Clever Girl Malaysia (CGM), Fatin Nuraisya Mohd Hanipha atau Fatin mengganggap kejadian sabotaj yang dilaluinya baru-baru ini sebagai ujian.
Baginya, mungkin individu yang melakukan perkara itu tidak suka dia menyertai CGM dan berharap dia menarik diri.
Namun, atas sokongan peminat yang berjaya membuatkan dia diserap semula ke dalam program itu pada minggu kelapan, dia tekad meneruskan perjuangan.
Peguam muda ini menjadi perhatian ramai baru-baru ini apabila dikatakan memuat naik status di laman Facebook (FB) jika pasukan Johor DT menang menentang PKNS FC pada Piala FA dia akan lari bertelanjang.
Difahamkan akaun FB itu digodam individu tidak bertanggungjawab.
Tidak hanya setakat itu, apabila mendapat tahu dia diserap semula pada minggu kelapan semakin teruk gangguan diterimanya .
“Saya tidak faham mengapa individu berkenaan terus mengganggu. Apabila gangguan semakin kerap saya perlu membuat laporan polis dan menyiasat siapakah dalangnya.
“Apa yang boleh saya katakan individu itu mungkin tidak suka saya menyertai program ini. Apabila dia dapat tahu saya diserap semula semakin galak pula dia melakukan pelbagai perkara.
“Saya diserap semula atas sokongan penonton dan perlu menghargai apa yang mereka sudah lakukan untuk saya.
“Kes ini saya serahkan saja kepada pihak yang berkenaan untuk menyelesaikannya,” katanya.
Fatin membawa pulang wang tunai RM100,000 dan trofi menewaskan tiga lagi peserta lain yang berjaya ke final iaitu Arina, Mary dan Jane.
Manakala Arina meraih gelaran naib juara dan membawa pulang wang tunai RM10,000. Pentas akhir CGM yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam disiarkan di TV3. Mengulas perancangannya selepas ini, Fatin berkata, dia akan mempertimbangkan tawaran dari TV3 andai tidak mengganggu jadual kerjanya sebagai peguam.
Sementara itu, pengasas program CGM, Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios Ahmad Izham Omar berkata, dia lega apabila program itu berakhir.
Walaupun berdepan dengan banyak kritikan daripada masyarakat, program itu melabuhkan tirai dengan jayanya malah lebih hebat daripada yang dibayangkan.
“Saya gembira dan tidak menyangka apa yang berlaku lebih daripada apa yang saya bayangkan. Saya tahu, pada awalnya orang ramai sukar terima program ini sehingga ia mendapat kritikan hebat.
“Pun begitu saya bersyukur apabila program ini mendapat perhatian pihak luar apabila ada yang berminat dengan konsep yang diperkenalkan.
“Insya-Allah jika tiada halangan CGM akan menjadi program seluruh dunia. Jika sebelum ini nama program hanya Clever Girl, selepas mendapat perhatian negara luar kami menambah perkataan Malaysia supaya ia dapat diselaraskan,” katanya.
Program yang diacarakan Alif Satar itu turut memberi peluang kepada semua peserta CGM menyertai Media Prima Berhad mengikut kesesuaian dan kecenderungan masing-masing.

Tiada ulasan
Catat Ulasan