Foto Tersebar, Misbun Sidek ‘Dalang’ Disebalik Kejuaraan Pertama Denmark Di Piala Thomas?
Beberapa hari lepas pasukan badminton dari Denmark telah merangkul kejuaraan Piala Thomas buat pertama kali dalam sejarah. Mereka telah mengalahkan pasukan negara di separuh akhir sebelum menundukkan Indonesia untuk menggongdol gelaran Juara.
Jika kita lihat prestasi Denmark pada edisi Piala Thomas kali ni hebat semacam. Nampak sungguh peningkatan dari segi taktikal dan strategi permainan. Beberapa hari selepas itu, tersebar pula foto Misbun Sidek dan Jalani Sidek bersama pemain-pemain Denmark. Eh, adakah mereka ni dalang disebalik kejayaan Denmark di Piala Thomas? Teruskan membaca..
Pemain Denmark ‘Berguru’ dengan Misbun Sidek?
Setelah sekian lama menyertai pertandingan terulung badminton, Piala Thomas akhirnya pasukan Denmark muncul juara buat pertama kali dalam sejarah dunia sukan badminton. Beberapa hari selepas itu, tersebar foto di laman sosial media menunjukkan Hans-Kristian Vittinghus dan Jan O Jorgensen bersama Misbun dan Jalani Sidek di Kelab Badminton Nusa Mahsuri.
Bagi Jalani, kehadiran pemain Denmark bukan satu perkara baru kerana mereka kerap bertemu untuk timba ilmu serta meningkatkan persembahan dalam permainan badminton. Tambah Jalani, gambar yang tersebar di media sosial seolah-olah kehadiran mereka untuk ‘berguru’ dengan Misbun sebenarnya adalah apada bulan lepas, sebelum berlangsungnya Kejohanan Terbuka Malaysia lagi.
Mereka berguru bersama Misbun selama dua minggu sebelum Kejohanan Terbuka Malaysia lagi… memang sasaran mereka untuk menjulang Piala Thomas dan Sukan Olimpik.Sebenarnya sebelum saya dan pasukan negara menjulang Piala Thomas pada 1992, kami turut melakukan perkara yang sama yang mana pasukan negara berlatih dengan tiga jurulatih dari China, dan ketika itu memang sasaran kami adalah untuk menjulang Piala Thomas.
Persatuan negara tidak terbabit
Jalani juga berkata bahawa mana-mana pemain yang mahukan pengalaman serta tunjuk ajar dialu-alukan kerana Misbun tidak lokek untuk berkongsi ilmu.
Ini adalah persiapan yang dilakukan oleh Denmark, seharusnya kita pun begitu,” katanya ketika dihubungi Bernama. Jalani berkata, Misbun tidak lokek untuk berkongsi ilmu dengan mana-mana pemain yang mahukan pengalaman serta tunjuk ajar.Pemain Denmark adalah pemain kelab, segala perbelanjaan untuk menjalani latihan itu ditanggung sendiri dan tidak membabitkan persatuan negara berkenaan. Jadi, pemain mereka bebas untuk ke mana sahaja menjalani latihan.
Mereka berjumpa Misbun kerana ingin mengetahui bagaimana Chong Wei masih kompetitif sehingga kini.Misbun juga mengenali mereka ketika bersama-sama Chong Wei dahulu dan mempunyai pengetahuan tentang pemain Denmark.
Pendapat mengenai prestasi negara?
Apabila dihubungi Bernama, Jalani ditanya mengenai prestasi skuad negara pada waktu ini. Katanya pemilihan pemain adalah ditangan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sendiri dan mereka lebih mengetahui tentang kekuatan pemain negara.
Saya hanya berkongsi pendapat apabila ditanya mengenai pasukan Piala Thomas 1992 dan yang sekarang, pemilihan pemain itu adalah keputusan BAM.Sekiranya BAM kata layak ke separuh akhir itu satu bonus, jadi itu tidak salah… pada 1992 dulu, sasaran kami adalah menjulang Piala Thomas.Jika dulu kami mendapat pendedahan daripada tiga jurulatih China untuk menewaskan pasukan China, sekarang pemain mempunyai Morten Frost Hansen (Pengarah Teknikal BAM) yang pasti mempunyai kepakaran tentang pemain Denmark.
Sumber: Berita Harian Online
Tiada ulasan
Catat Ulasan