Header Ads

“Bila Jual Tudung Dapat Bantu Peminat Tambah Rezeki”

Pelakon jelita, Anzalna Nasir akui bahawa perniagaan tudung yang dilakukannya adalah kerana ingin membantu peminat kesanyangannya untuk mencari punca pendapatan tambahan. Ini kerana ada diantara peminatnya sanggup berhenti kerja demi menjual tudungnya yang menyumbang pendapatan memberangsangkan.



“Jujur, apabila jual tudung, saya dapat bantu orang lain untuk mencari rezeki lebih. Perniagaan ini bukan untuk saya semata-mata tapi juga untuk mereka yang ingin mencari duit lebih. Lagipun kalau ada pelanggan yang baru berhijrah mengenakan tudung Anzel Scarf ini, mudah-mudahan kami juga dapat pahala”

“Saya tak boleh nak letak sasaran masa untuk bertudung. Pada awalnya saya serba salah juga nak jual tudung kerana waktu itu saya fikir kenapa nak buat duit melalui satu perkara yang saya sendiri tak lakukan. Tapi bila fikir balik, sejak menjual tudung, ia perlahan-lahan menolak saya ke arah bertudung,” katanya kepada portal Extra Tonton.

Sebelum ini, Anzalna pernah menyatakan keinginannya untuk bertudung sejak terlibat dengan perniagaan tudungnya itu namun katanya kehendak itu mestilah hadir dengan kerelaan hatinya dan bukan dipaksa untuk berubah. Ini kerana sejak memulakan perniagaan tudung, Anzalna akui hasrat untuk mengenakan hijab semakin kuat.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.