Pelajar Bersikap Kurang Ajar Tak Nak Buat Pemeriksaan Gigi Di Sekolah, Baca Luahan Doktor Ini
Perkhidmatan pergigian adalah salah satu teras utama dalam perkhidmatan pergigian awam sebab itulah wujudnya klinik pergigian sekolah dan pasukan pergigian bergerak.
Ada ibubapa yang sedar dan mampu akan kepentingan penjagaan mulut dan gigi anak semestinya akan buat ‘check up’ di klinik gigi sekurang-kurangnya setahun sekali. Tapi itu bukan alasan untuk pelajar-pelajar bersikap kurang ajar dan memandang rendah akan perkhidmatan pemeriksaan gigi di sekolah. Jom baca luahan hati doktor gigi ini bila ada pelajar yang dengan angkuh melempar kad rawatan kepada salah seorang stafnya.
Pelajar lempar kad rawatan pada muka staff
Hampir tidak menulis sekarang..when you’re moderately anemic, pregnant, and your work is tough, the rest of the day can make you restless, but with what happened just now, I cannot help but to say something.Bila seorang pelajar perempuan berumur 16 tahun melempar kad rawatan pada muka seorang staff saya lalu berkata ” I nak buat treatment kat luar”.. lalu bermain main dekat papan hitam.Perkara yang paling sopan yang saya boleh buat adalah berkata pada dia ” you go back to your class!!!, don’t ever rude to my staff”. Tangan saya terketar menahan marah.
Tidak mahu buat pemeriksaan gigi di sekolah sebab tidak hygienic
Gambar ini adalah satu lagi contoh, seorang pelajar lelaki 15 yang berkeras tidak mahu diperiksa, 3 tahun berturut. Kenapa? Menurutnya pemeriksaan gigi di sekolah tidak hygienic, berbanding di klinik swasta. Ya, barangkali kerana kami tiada bilik rawatan yang khas, hanya menumpang bilik persalinan atau makmal sains. Barangkali juga kerana portable chair kami yang boleh dilipat nampak usang sekali, barangkali juga kerana dia tidak faham istilah cold strelization, di mana peralatan pergigian direndam dalam cecair ‘pembunuh kuman’ dalam kepekatan tertentu, masa tertentu..tapi dia lupa, semua rawatan ini adalah percuma, dan bukan senang staff pergigian berpindah randah dari satu sekolah ke satu sekolah setiap tahun. Tapi juga..point utama nya dia juga budi bahasa itu di mana?
Barangkali caj pesakit luar sebanyak RM1 & RM5 patut dinilai kerana ramai orang memandang murah
Barangkali caj percuma untuk golongan tertentu patut di kaji. Barangkali caj rm 1 untuk pesakit luar dan rm 5 untuk bertemu pakar patut di nilai. Kerana perkhidmatan kerajaan selalu sahaja dipandang murah dan enteng.Saya juga sudah bosan apabila melihat sesetengah sikap rakyat kita yang memandah rendah terhadap staff Kementerian kesihatan.And when I say klinik kerajaan, hospital kerajaan, please..it is off political boundaries.
Bersyukurlah, have respect
And when people ask, so why don’t you change job?. Saya sayang kerja ini demi Allah, dengan kerja ini, siapa tahu pada akhir sesuatu hari siapa yang benar2 perlu pertolongan dapat saya bantu.Kepuasan untuk bantu orang awam ini lain dengan kepuasan dapat duit. Saya sayang kerja ni much more than the title. Kak, adik, anak, madam, you..sis, dear..tak kisahlah dengan gelaran apa lagi, semua itu tidak penting.
Jujur juga saya kata, dengan bisnes kecilan yang saya sifatkan main- main, I can get easy 2k per month. Jadi, sekali lagi kepuasannya bukan pada duit.Bersyukur lah. Have respect, dont easily take things for granted.-somewhere in KL-
sumber: Umi Al-Hafizah Ahmad
Tiada ulasan
Catat Ulasan