Header Ads

“Saya Sudah 6 Kali Diisytihar Bankrap”

Melalui detik sukar sebelum bergelar jutawan, Dato’ Aliff Syukri berkongsi kepada portal Astrogempak bahawa dia pernah mengalami gangguan pembelajaran yang menyukarkannya untuk membaca dan menulis malah dirinya juga pernah bankrap selama enam kali.


“Tidak ramai yang tahu sisi hidup saya yang tidak tahu berbahasa Inggeris dan disahkan disleksia. Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran dan mempunyai masalah untuk membaca dan menulis,” katanya.

Selain itu, sebelum bergelar jutawan dia juga pernah disamun ketika mempromosikan produk dari rumah ke rumah. Ditambah lagi dengan enam kali pengalaman bankrap, Aliff berkongsikan pengalamannya itu di dalam bukunya.

“Bukan mudah untuk saya bertapak dalam dunia perniagaan selepas melalui pengalaman enam kali bankrap serta disamun ketika mempromosikan produk rumah ke rumah. Tujuh tahun saya membina empayar perniagaan untuk bergelar jutawan bukan sesuatu yang mudah, pelbagai pengalaman dilalui yang orang ramai tidak tahu”

“Disebabkan itu, saya terfikir untuk menerbitkan buku yang dianggap ‘diari’ ini sebagai tatapan dan sumber inspirasi kepada orang ramai terutama mereka yang bercita-cita mahu bergelar usahawan,” jelasnya.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.