'Baliklah, Lagi Seminggu Kita Nak Kahwin...'
MARAN - Seorang lelaki yang dijadualkan melangsungkan perkahwinan pada 28 Mei ini bingung dengan tindakan bakal isterinya menghilangkan diri sudah 4 hari.
Lapor Sinar Harian, Khairul Nizam Husain, 33, peniaga sebuah restoran hanya menyedari kehilangan bakal isterinya, Siti Mariam, 18 , hilang ketika ke rumah bakal isterinya Rabu lalu untuk menjemput gadis itu ke tempat kerja di restoran miliknya.
"Bakal isteri bekerja di restoran milik saya. Namun dia tiada di rumah pada hari itu. Menyedari kehilangannya, saya bersama dengan ahli keluarganya cuba mencarinya di sekitar Bandar Pusat, Jengka, dan menemui motosikal miliknya yang ditinggalkan di tepi jalan.
"Saya bingung dan buntu, tarikh perkahwinan kami tinggal kira-kira seminggu saja lagi," katanya.
Segala persiapan telah dilakukan, kad jemputan juga sudah diedarkan kepada kenalan.
Menurut Khairul, mereka tidak mempunyai sebarang masalah sepanjang perhubungan, , malah segala kelengkapan dari segi wang hantaran mencukupi selain set pelamin siap dipasang di rumahnya.
"Kali terakhir saya menghubunginya kelmarin, dia meminta saya berhenti mencarinya sebelum talian telefon bimbit dimatikan," katanya.
Justeru, Khairul meminta orang ramai yang mempunyai maklumat atau lokasi tunangnya itu menghubunginya di talian 012-3262569.
Tiada ulasan
Catat Ulasan