Punca Masalah Rumahtangga, Kenali Jenis-Jenis Sihir Yang Lazim Berlaku Disekeliling Kita
Walaupun zaman silih berganti dan dunia sudah berada di arus modenisasi, kita tidak boleh menafikan kewujudan sihir dalam kehidupan hari ini. Ini kerana masih ramai manusia yang meletakkan pergantungan bukan pada Allah Azza Wa Jalla semata-mata, justeru mereka bertindak meminta pertolongan makhluk yang dilaknat demi mencapai matlamat berlandaskan niat jahat.
Pengamal perubatan Islam, Ustaz Farhan Syah berkongsi tentang jenis-jenis sihir yang lazim berlaku di sekeliling kita. Ikuti perkongsian selanjutnya dibawah, moga bermanfaat dan mudah-mudahan kita semua sentiasa dilindungi Allah daripada tiupan sihir ini.
Segera Dapatkan Rawatan Ruqyah Jika Ada Simptom Terkena Sihir…
Manusia disihir boleh jadi kerana pelbagai sebab. Ini antara jenis sihir yang agak banyak berlaku di malaysia. Ada banyak lagi, tapi tak larat nak cerita semua.Jika merasakan diri anda ada simptom-simptom terkena sihir, bersegeralah melakukan rawatan.
Rumahtangga Tidak Harmoni
Disasarkan terutamanya kepada pasangan suami dan isteri. Antara simptom-simptomnya:
– Sering bergaduh atas isu kecil
– Panas baran tanpa sebab
– Tidak suka / selesa tengok wajah pasangan
– Tidak boleh duduk berdua
– Sering prasangka buruk
– Sering mimpi bukan-bukan pasal pasangan
-Bila berjauhan rindu, bila berjumpa nak bergaduh
Berat Jodoh!
Biasanya lebih kerap berlaku daripada ‘ain daripada sihir.Kesannya:
– Mereka yang terkena akan sukar mendapat jodoh
– tempoh berkenalan / bertunang biasanya tidak akan berkekalan
– Selalu mempunyai isu terutama apabila ingin melibatkan perkahwinan
– Beberapa kali putus tunang secara mendadak
Gangguan Sistem Peranakan
Berlaku pada para wanita, terutamanya dalam lingkungan umur 20-40 tahunSimptomnya:
– Berlaku pendarahan secara berterusan di luar waktu haidh (istihadah)
– Darah yang keluar tidak normalBoleh juga jadi:
– Haidh tidak kunjung2 tiba walaupun berbulan-bulan
Pemecah Hubungan Baik
Biasanya dikenakan untuk memisahkan satu keluarga / pasukan / kumpulan. Boleh jadi sebuah kumpulan bisnes, yang akan memisahkan antara partner.Boleh jadi antara satu kumpulan kawan yang bersahabat baik dan rapat, namun disebabkan dengki oleh pihak lain menyebabkan mereka berpisah.Kesan:
– Selalu bersangka buruk antara satu sama lain
– Tidak boleh berbincang dengan elok
Sakit Parah
Sihir yang menyebabkan penyakit, sama ada dalaman, luaran atau penyakit-penyakit kritikal.Biasanya melibatkan penyakit-penyakit:
– Muntah darah
– batuk berterusan
– Ulcer
– Kanser
– Jantung
Ilmu Pengasih
Sihir untuk membuatkan seseorang jatuh cinta kepada seseorang yang lainTanda-tandanya:
– Terlalu obses dengna lelaki / wanita tersebut
– Selalu terbayang-bayang
– Selalu mengutamakan lelaki /wanita tersebut lebih dari logik / keluarga
Halusinasi, Tertekan
Sihir untuk membuatkan seseorang gila.Dengan membuatkan orang tersebut:
– Terbayang-bayang benda yang tidak wujud
– Sering mendengar bisikan-bisikan
– Sering merasai dirinya dibenci semua
– Sering merasai diri banyak kekurangan & kelemahan
– Merasai semua orang melakukan kesalahan pada dia
Suara-Suara Halus
Sering mendengar bisikan-biskan ghaib.
Susah Dapat Anak
Sihir yang membuatkan lelaki / wanita tidak boleh mempunyai anak. Sekiranya mengandung juga, sering gugur.
Tiada Nafsu Ketika Berhubungan
Sihir yang menghalang dari melakukan perhubungan antara suami isteri, ibarat ada ikatan / blockage. Boleh jadi dalam bentuk si suami / isteri tidak bernafsu ketika berhubungan.
Sumber: Ustaz Farhan Syah
Tiada ulasan
Catat Ulasan