Header Ads

Mengintip Telefon Suami/Isteri Adalah Haram - Mufti Besar Dubai

UAE, 22 Mei - Mengintip telefon suami/isteri tanpa kebenaran bukan sahaja satu perbuatan yang tidak beretika, malah perbuatan itu adalah salah.

Islam mengharamkan manusia untuk mengintip antara satu sama lain, tidak kira antara pasangan, rakan, adik beradik atau dua individu di dalam apa-apa perhubungan.

"Islam telah pun malarang perbuatan itu sebelum manusia wujud lagi", kata Dr. Ali Ahmed Mashael, Mutfi Besar di Hal Ehwal Islam dan Aktiviti Jabatan Kebajikan di Dubai (IACAD), kepada Emirates 24 | 7, sambil menambah bahawa "arahan agama sepatutnya mendahului undang-undang manusia. "

Katanya, orang Islam sepatutnya mengelakkan syak wasangka dan mengintip, dan memeriksa telefon seseorang juga jatuh ke dalam kategori yang sama.

Mengintip atau memeriksa telefon seseorang tanpa kebenaran adalah perbuatan haram, kata mufti itu sambil menambah, perbuatan itu akan menyebabkan kekurangan rasa yakin dan menambahkan syak wasangka serta tidak percaya, yang akan menyebabkan kehidupan yang lebih bermasalah.

Jika terdapat rasa syak wasangka, cara yang betul adalah memberi amaran kepada mereka yang tersayang dan menasihati mereka supaya mereka boleh berhenti sebelum melakukan kesilapan atau dosa.

Undang-undang persekutuan UAE telah mengharamkan perbuatan mengintip telefon atau gadjet orang lain tanpa pengetahuan tuannya.

Kod Penal Persekutuan No. 380 menyatakan seseorang yang mengintip telefon tanpa pengetahuan tuannya boleh dikenakan hukuman penjara dan juga denda. -

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.