Header Ads

3 Minit Dilancarkan, Tudung Neelofa Terjual RM1.3 Juta

Mempunyai lebih 400 stokis di dalam dan juga luar negara, Neelofa menjelaskan bahawa tudung dengan jenamanya, Naelofar Hijab kebiasannya mengambil masa yang singkat untuk dijual.
“Setiap kali kami membuka pesanan saja, satu hingga lima minit akan habis dijual kepada stokis. Kadang kala ia mencecah RM1.2 juta hingga RM1.3 juta dalam masa tiga minit saja. Daripada situ kita boleh tengok kepercayaan orang dari segi kualiti dan harga yang kita tawar,” katanya dipetik melalui Malay Mail Online.
Tambahnya, stokisnya bukan saja terdapat di Malaysia malah turut berada di Brunei, Singapura, Indonesia, Amerika Syarikat dan Australia. Malah pada penghujung Jun ini, ia turut akan dijual di Turki dan juga London.
“Sangat luar biasa sebab mereka terkejut dengan koleksi kami. Mereka tidak biasa dengan tudung segera. Jadi bila kami persembahkan, mereka anggap ia ajaib dan automatik. Apa yang mereka pakai, tudung panjang yang perlu dililit dan banyak pin”
“Mereka tidak biasa melihat tudung berhias dan berkelipan. Mereka biasa dengan tudung kosong dan dililit sahaja. Produk kami ini baru bagi mereka dan satu inovasi dalam industri. Kita rasa Malaysia tertinggal tetapi tidak, kita maju dan moden berbanding mereka dari segi inovasi,” jelasnya.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.