“Umur 30 Tahun Baru Saya Fokus Soal Jodoh” - Neelofa
Pelakon dan pengacara popular, Neelofa khabarnya bakal mendedahkan kisah cintanya yang selama ini menjadi teka teki orang ramai didalam sebuah video eksklusif sempena Kempen Allah Lebih Tahu Naelofar Raya 2016. Dalam pada itu, beliau turut bercerita tentang hasratnya yang ingin berkahwin apabila usianya mencecah 30 tahun.
“Selain kempen Ramadan dan Aidilfitri, video itu turut memaparkan kisah cinta saya yang tidak diketahui ramai dan tidak tahu siapakah insan istimewa yang dimaksudkan itu. Saya akan lebih fokus dengan soal jodoh apabila mencecah usia itu nanti. Buat masa ini, saya belum memiliki calon yang sesuai lagi,” katanya kepada Harian Metro.
Apabila bercakap soal kisah cinta Neelofa, pasti ramai yang tidak lupa mengenai hubungan cinta beliau bersama Datuk Hans Issac pada suatu ketika dulu. Dengan itu Neelofa akui bahawa hubungan itu masih kekal sebagai kawan baik sehingga kini, malah hubungan mereka juga dikatakan bertambah matang berbanding dulu.
Video eksklusif bersempena kempen Allah Lebih Tahu Naelofar Raya 2016 yang akan ditayangkan didalam sebuah majlis pelancaran Naelofar Raya 2016 yang akan berlangsung tidak lama lagi, dipilih untuk berkongsi serba sedikit tentang kisah cintanya kerana beliau percaya ramai peminat yang masih tidak mengetahui sisi peribadinya.

Tiada ulasan
Catat Ulasan