Macam Orang Dalam HP Tu Lagi Penting Dari Saya! – Luahan Anak Kesepian Kerana Diabaikan Ibu Bapa
Seringkali ibu bapa tidak mengetahui apa yang anak mereka mahukan. Walaupun mereka telah berhempas pulas mencari rezeki untuk keluarga, ada ruang dalam hati anak-anak yang harus diisi bukan dengan material, tetapi dengan perhatian dan masa yang diluangkan oleh ibu bapa.
Sebak kami membaca luahan adik ini kepada Abang Nazali, penulis buku yang datang membuat program motivasi di sekolah-sekolah untuk pelajar dan ibu bapa mereka. Apakah punca sebenar adik ini merasa begitu diabaikan oleh ibunya?
Mesej Dari Anak Yang ‘Diabaikan’…
Saya terima satu mesej di page ini. Suara hati seorang anak dari salah sebuah sekolah yang saya jalankan program motivasi santai dua mnggu lalu.
Saya baca berkali kali mesej ini dan minda saya membuat satu konklusi yang ini bukan masalah terpencil.
Kan?
Keghairahan kita pada talifon dan gadget ada kalanya membunuh kemesraan dan perhatian kita pada mereka yang hirarki cintanya lebih utama dari gadget yang kita agungkan.
Saya mengerti perasaan anak ini
Semasa sesi motivasi santai ini kami bicara tentang "jangkaan" dan "harapan" ibu ayah kepada anak anak.
Dan kami laksanakan aktiviti jurang antara jangkaan dan harapan ibu bapa pada anak mereka dan dalam masa yang sama anak anak diminta menulis apa impian mereka dalam hidup.
Dan kami pasangkan impian anak anak dengan ibu bapa mereka setelah masing masing tulis atas kertas secara berasingan.
Nyata begitu banyak jurang akan apa yang ibu bapa mahu dari anak anak mereka berbanding apa yang anak anak sendiri mahu capai dalam hidup mereka.
Dalam aktiviti tersebut juga kami dapati begitu ramai ibu dan ayah membuat telahan yang silap tentang apa kekuatan dan kelemahan anak anak mereka berbanding apa yang anak anak perincikan tentang kekuatan dan kelemahan mereka sendiri.
Saya terima begitu ramai ibu bapa dan anak anak yang mengambil peluang untuk bersembang selepas aktiviti ini.
Antara komen komen yang saya terima
" Abang Naz terima kasih buat aktiviti ini kerana saya salah dalam mengenali potensi anak saya.
Rupanya apa yang saya harapkan atas anak anak tak sama dengan apa yang anak anak mahukan.
Terima kasih kerana sedarkan saya ya Abang Naz"
Sejurus lepas itu saya dihampiri seorang anak perempuan sebaya Najmi.
Dengan wajah yang sebik dia suarakan rasa hatinya
" Uncle Naz..
Terima kasih sebab buat aktiviti ni. Selama ni saya tak ada peluang nak bagitau mak dan ayah apa impian saya.
Terima kasih sebab buat aktiviti ni. Selama ni saya tak ada peluang nak bagitau mak dan ayah apa impian saya.
Tapi tadi bila uncle panggil saya kongsi apa yang saya impikan dalam hidup saya akhirnya dapat luahkan apa yang saya simpan dalam hati."
Saya pandang wajah anak ini dan tanya
" Kenapa tak pernah kongsi dengan mak dan ayah?"
Matanya berkaca menahan sebak.
Dia hela nafas dalam dalam
" Mak ayah saya sibuk sangat uncle. Kami jarang dapat bercakap dan kongsi cerita.
Sebenarnya saya sunyi.
Saya tahu mak ayah sibuk cari duit untuk kami tapi kalau saya balik dari asramapun mereka sibuk selalu
Jarang sangat saya dapat sama sama borak dengan mak ayah"
Hati saya menjadi sayu.
Saya yakin ini bukan masalah anak ini seorang kan?
Alangkah sedihnya bila kita ibu ayah yang merampas kebahagiaan anak anak
Kita rampas momen bahagia mereka
Kita sangka dengan bagi makan pakai dan belanja kita tunaikan hak mereka
Tapi kita lupa yang barangkali benar mereka cukup keperluan materi
Tapi mereka miskin kasih sayang dan perhatian
Emosi mereka sepi!
Dan kegilaan kita pada gadget menambah bisa pada lopong lopong dalam jiwa anak anak.
Entah apa yang kita sibukkan pada Whatapps, Facebook, Twitter, Instagram yang kita kesampingkan perhatian kita pada anak anak agaknya?
Talifon bimbit hanya ALAT BANTUAN KOMUNIKASI!
Bukan alat utama cara kita berhubung!
Kita tanyalah diri ya?
Bila kali terakhir kita usap rambut dan cium ubun ubun anak kita?
Bila kali terakhir kita tanyakan anak kita apa juadah air tangan kita yang anak anak rindukan?
Bila kali terakhir kita pinjam telinga duduk bertemu empat mata dan biar mereka mengadu domba tentang apa yang terbuku dalam dada?
BILA?
Dan hati saya menjadi terlalu sayu dengan luahan mesej anak ini...
Kita baliklah semula pada fitrah menghargai dan mengapresiasi anak anak kita ya?
Barangkali mereka sunyi
Barangkali mereka rindu
Barangkali mereka rindu
Kita bercakaplah dengan anak anak secara langsung
Letakkanlah talifon kita sekejap
Dan kata
" Mama/Abah lama tak sembang dengan kakak/abang/adik kan?
Jom kita borak meh..."
Kita ubahlah ya?
Janji?
Janji....
Sumber: Nazali Noor
Tiada ulasan
Catat Ulasan