Header Ads

Dihalang Ke Luar Negara Jika Burukkan Kerajaan, Afdlin Shauki Tegur ‘Pak Menteri’

Menurut laporan The Star baru-baru ini, sesiapa sahaja yang disyaki memburukkan nama kerajaan boleh dihalang untuk ke luar negara untuk tempoh tiga tahun. Hal ini disahkan sendiri oleh Ketua Pengarah Kastam.
Isu ini bagaimanapun mendapat pelbagai respon netizen yang rata-rata kurang bersetuju. Selebriti, Afdlin Shauki turut melahirkan rasa kurang bersetuju dengan perkara ini menerusi laman Facebook miliknya.
“Adakah negara ini hak kerajaan sahaja?”

Bagaimana dengan hak rakyat?

Assalammualaikum Mintak maaf, tapi bukankah demokrasi tu bermakna rakyat berhak bersuara jika ada yg tak kena dgn kerajaan? Bukankah itu hak asasi kita sebagai manusia. Hari ni saya terbaca yg kalau kita menegur kerajaan dan ketidak telusan kerajaan kita takkan di benarkan keluar dari negara ni. Adakah negara ni hak kerajaan sahaja?
Bagaimana dgn hak rakyat? Dan statement Malaysian passport is a privilege and not a right itu macam kerajaan berkata yang kita semua tak ada hak sebagai rakyat malaysia untuk mempunyai passport dan ianya adalah satu kurniaan dari kerajaan.

Jangan tekan kami macam budak-budak

Kenapa sampai macam ni yb yb semua…. Kenapa awak nak org membenci lagi kerajaan? Lepas ni apa pulak tetuan, bukankah kerajaan demokrasi tu adalah satu badan yg ditubuhkan untuk menjaga hal ehwal rakyat?
Tetuan tetuan semua, awak semua adalah pekerja yg bekerja untuk rakyat bukan organisasi untuk menakut-nakut dan menekan rakyat. Saya sangat tak setuju dgn statement yg di buat ini. Bantulah rakyat! Jangan tekan kami macam kami semua budak budak tak berakal tuan tuan… Jika saya silap sila betulkan saya, saya cuma pelawak je.
Isu ini timbul apabila seorang wanita yang mempengerusikan sebuah pertubuhan di Malaysia dihalang keluar dari Malaysia untuk ke Korea.
Tambah Ketua Pengarah Kastam lagi, memiliki pasport Malaysia adalah satu keistimewaan dan bukan satu hak.  Mereka yang dihalang ke luar negara bagaimanapun, boleh mencabarnya di mahkamah. 
Sumber : The Star, Afdlin Shauki, Antarapos

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.