Beragama, Pandai & Diminati Ramai, Wanita Ini Disihir Sahabat Baik Kerana Cemburu
Sebagai seorang muslim perbuatan sihir atau santau merupakan salah satu perbuatan yang boleh membawa kepada syirik kepada Allah. Sudah semestinya balasan dan azab yang pedih bagi mereka yang mengamalkan perbuatan terkutuk ini. Zaman yang serba moden sekarang ini pun orang masih lagi menggunakan sihir untuk menjatuhkan orang lain. Nauzubillah.
Terkejut bila kami baca perkongsian ni, mana taknya seorang sahabat sanggup mengenakan santau kepada sahabat baik sendiri. Dikatakan kerana tak suka mangsa yang kuat solat, suka mengaji, pandai dan mempunyai ramai peminat. Takutnya!
Menyewa rumah sewa bersama 6 rakan.
Dengar tajuk pun rare kan? Biasa “kawan makan kawan”. Ini kawan santau kawan. Air yang tenang, jangan disangka tak ada santau! Geram pula aku nak cerita. Tapi bila fikir biar semua yang baca ni dapat pengajaran. Aku cuba kawal emosi aku. InshaAllah.Aku ini student tak duduk hostel. Kira duduk rumah sewa lah. Aku duduk dengan 5 orang kawan aku. Kiranya semua total 6 orang. Dan setiap bilik duduk 2 orang. Aku duduk dengan kawan aku yang aku kenal since sekolah menengah lagi. Yang selebihnya itu aku kenal masa belajar dekat universiti ini. Rasanya patut mention bukan UIA tapi universiti aku ini pun tittle ‘islamik’ juga.Aku rasa kena kenalkan nama kawan aku (of course bukan nama sebenar). Biar korang tak keliru. Dan aku pun senang nak cerita. Kalau tak faham. Baca berkali-kali sampai faham. Hadam! Baik, kawan-kawan aku adalah Didi, Mama, Sasau, Fafa, Haha.
Antara kami berenam, Didi agak unik boleh nampak makhluk halus.
Antara kami berenam ini Didi agak unik sikit. Dia boleh nampak makhluk halus. Setiap masa dia boleh nampak atau rasa kehadiran benda itu. Tak semestinya bila dia duduk sorang-sorang. Nak dijadikan cerita, Didi ini sakit teruk sebab masalah makhluk halus ini. Family dia ada masalah saka, masalah kena santau dengan jiran. Itu yang dia cakap lah. Kitorang iya kan saja. Dan Didi ini satu bilik dengan Sasau.
Satu hari Didi sakit teruk, balik kampung berubat & Ustaz kata dia disantau.
Satu hari itu, Didi ngadu sakit teruk. Dia balik kampung nak pergi berubat katanya. Jadi kitorang pun relax saja. Hal family dia. Tak nak kacau. Nak dijadikan cerita, diam-diam Didi ada call Haha. Dia cakap yang dia kena santau dengan housemate dia! Terkejut aku. Macam tak logik gila. Padahal kitorang selama ini happy-happy je. Makan berjemaah. Kadang share masalah sesama. Dah macam family kot. Tapi, kenapa? Apa masalahnya?Didi cakap kitorang semua kena pergi berubat sebab kitorang dah termakan ‘benda asing’. Makanan kitorang selama ini telah disantau. Dan selama beberapa minggu ini hanya seorang je yang sentiasa ada masa untuk masak buat kitorang iaitu Sasau. Didi cakap selama ini dia ada nampak makhluk itu dalam rumah. Cuma dia tak hiraukan sebab nampak macam tak kacau.
Didi pernah nampak ada makhluk tu dalam rumah.
Aku sentap kot. Sampai hati Didi rahsiakan. Well, mungkin dia tak nak bagi kitorang risau. Lagipun bukan senang nak cari rumah sewa. Ini pun kami dah berhempas pulas cari. Bila dah jumpa, ujian sebegini pula. Bila ingat balik, kesian Mama kena usik ketuk-ketuk pintu tandas. Fuh! aku selamat tak ada kena usik. Kalau kena pun bukannya aku rasa. Deria rasa ke-7 aku ni kurang. hahaha. Didi bagitahu lagi yang semuanya angkara Sasau. Sasau berniat untuk tuju pada Didi. Ya, roomate sendiri yang buat.
Dia benci Didi sebab selalu solat, baca quran, pandai & ramai peminat.
Kitorang curious macam mana Didi boleh tahu semua ini? Didi terangkan yang ada malam itu dia pergi berubat dengan orang alim. Makhluk itu masuk ke dalam salah seorang saudara dia. Makhluk itu cakap yang dia benci dekat Didi. Dia santau Didi sebab Didi ini selalu solat, baca quran, belajar pandai, orang ramai minat dan beberapa sebab keduniaan (aku dah tak berapa ingat). Orang alim cakap yang orang yang buat itu dekat dengan Didi. Orang itu bawa makhluk itu sekali masa tumpang Didi dari kampung balik kampus. Plus, dia siap ada letak serbuk apa entah dalam kereta Didi termasuk dalam makanan. Semata-mata nak tengok Didi sengsara. Dia juga bersekongkol dengan tuan rumah sebab katanya tuan rumah berkenan dengan Didi. Nak ngorat tak dapat, guna cara halus. Siap bagi air putih dengan perfume limau nipis. Konon untuk pedinding padahal entah apa ada dalam itu. Aku pun dah terlanjur minum. Percaya punya fasal.
Malam Didi berubat, Sasau macam orang nazak. Ajar syahadah tak nak ikut.
Patutlah malam yang sama itu dalam rumah ini Sasau dah macam apa dah. Cacing kena panggang kot. Aku tengok dah macam nazak. Tarik nafas tak cukup. Dada berombak-ombak. Ajar syahadah tak nak ikut. Bila temberang Sasau dah pecah. Aku akui kitorang lain sikit dah tak makan dekat rumah berjemaah. Elak dengan masakan dia. Jangan cakap kitorang ini pemalas. Tak nak masak. Sebenarnya selama ini kitorang bergilir masak cuma dia suka lead. Bukannya biar dia terkontang-kanting dekat dapur sesorang. Kitorang ada setiap kali dia masak tapi tak perasan bila dia masukkan. Kalau tak mesti lah dah tanya letak apa dalam makanan itu. Kadang aku geram je nak tanya direct dekat dia. Tapi bila ingat Didi masih dalam sakit dan takut dia makin buat dekat Didi. Aku sabarkan saja.
Pernah nampak Sasau bercakap dengan sesuatu depan pintu. Katanya ambil penawar dari nenek. Tapi sebenarnya neneknya dah arwah!
Bukti lagi kuat mengatakan Sasau memang dalangnya bila Mama nampak Sasau berdialog seorang diri di depan pintu. Seperti cakap dengan ‘sesuatu’ lepas itu siap hulurkan tangan macam ambil benda atau salam. Bila ditanya dia buat apa, dia cakap ambil penawar dari nenek dia. Gila! Bukannya nenek kau dah arwah ke? Senyap je lah. Buat-buat macam tak faham.Aku kesian sangat dekat Didi. Sakit yang dia tanggung sampai banyak kali ponteng kelas. Dekat beribu dah duit habis pergi berubat. (kes buatan orang lain juga). Yang paling aku tak dapat terima bila Didi cerita dia hampir jatuh dari tingkat 2. Kisahnya bila dia tengah dalam kelas. Dia dengar macam ada orang panggil dia. So dia keluar nak tengok siapa yang panggil. Dia nampak tuan rumah dekat groundfloor. Dia kata tuan rumah melambai panggil dia sampai dia hampir nak jatuh sebab nak pergi dekat tuan rumah. Nasib ada yang tegur dia. Jadi dia sedar balik.
Pernah suruh Sasau lafaz syahadah tapi dia tak mampu lafazkan.
Kitorang pernah test Sasau untuk lafaz syahadah. (Ini pun dari suggestion Didi). Dia boleh sebut “asyhadu an la ilaha illah” tapi next dia berdalih untuk lengkapkan. Means dia tak mampu lafaz “wa asyhadu anna muhammadan rasulullah”. Lafaz syahadah dia tak lengkap! Terjemahan bahasa melayu pun dia tak dapat lengkapkan. Innalillah. Takut aku mati dalam munafik. Wa iyyazubillah.
Kami selalu pantau supaya Sasau solat. Kami doakan dia berubah. Tiada guna hasad dibalas hasad.
Sejak hari itu kitorang pantau dia. Tak bagi dia duduk sendirian. Kalau masuk waktu solat mesti ada yang duduk pastikan dia selesaikan solat. Apa yang dibacanya itu lain cerita. Kalau berpura-pura pun moga sedar. Bila dah selalu buat. InshaAllah, terbit rasa insaf. Mudah-mudahan. Doakan lah ya. Bila kata geram memang geram tapi tak ada guna kalau hasad dibalas hasad. Buat sahabat, moga kau temui makna kehidupan untuk pengakhiran yang baik. Buat mereka yang tengah sibuk menyantau. Ingat! Kematian bagaimana engkau idamkan? Dalam kau sibuk nak mematikan orang. Agak-agak kau tahu bila kau akan mati? Please lah, kembali pada Allah. Jangan bersekongkol dalam kesyirikkan. Aku cakap sebab aku sayang korang. Memang aku tak rasa hidup dengan makhluk (yang mungkin kau tak nak pada mulanya) tapi cukup lah aku kongsi rasa bila jadi mereka yang disantau. Walau nampak sikit tapi serius hilang nikmat ketenangan. Diselubungi kegelisahan tanpa sebab. Kadang bunyi-bunyi. Badan pun lesu. Mental weh. Nak lagi asyik ponteng kelas. Terpaksa drop. Extend sem. Lambat grad. Itu belum cerita bab pressure family lagi.So. Minta-minta bertaubat.
sumber: iiumc
Tiada ulasan
Catat Ulasan